GARANG atau LEMBUT? II

----SIMPAN DALAM DRAF DAH LAMA DAN BARU NAK PUBLISH----

Setelah beberapa hari (minggu?), barulah Kakniss ada masa nak update cerita kedua selepas GARANG atau LEMBUT? I. Sejak dah kerja (tapi sekarang dah tak, nanti Kakniss cerita kat post lain), Kakniss terkejar2 dengan masa. Cewahh. Kakniss kerja sementara kat Melaka jee. Tawaran semua jauh2 belaka (tak la jauh mana, KL je) Kalau boleh memang Kakniss nak kerja luar Melaka, sebab bosan kan, dok rumah. Kat Melaka pun Kakniss jarang nak keluar. Kalau negeri lain, boleh la Kakniss acah tourist. Haha. Tapi setelah mendapat hasutan orang2 tersayang di Melaka, maka Kakniss pun ubah fikiran. Yela, tak lama lagi nak puasa dan raya. Dah lama woii tak puasa kat rumah terchinta. Haha. Asyik merantau je, kita dok rumah pulak ya.

BTW, it's May already!! Kakniss suka bulan May sebab, banyak tarikh2 kesukaan Kakniss. kahh
Ok jom kita start this part II.

LEMBUT

Juga kisah dari salah seorang patient Kakniss. Yela, dah tu je Kakniss nampak dan observe dan handle sendiri case ini, So dia lah yang Kakniss jadikan contoh. Nama penuh tidak boleh dinyatakan. Cukuplah digelarkan sebagai Adik A. Masa tu, case Adik A baru lagi. Maknanya Kakniss perlu dapatkan segala informasi tentangnya dan membuat assessment kepadanya bagi mengetahui masalah sebenar. Adik A ada masalah dalam pertuturan dan masalah behavior. Delay dalam segala apa yang sepatutnya kanak2 berusia dia boleh lakukan. BTW masa Kakniss jumpa dia, umur dia 3 tahun, 12 bulan dan tinggal beberapa hari saja lagi nak masuk 4 tahun.

Setelah beberapa minggu, baru lah Kakniss dapat tahu kenapa sebabnya Adik A tertinggal banyak perkara. Sebab, terlalu dimanjakan. Semuanya telah siap dilakukan oleh ibu dan bapanya. Apa2, hulurkan telefon canggih kepada Adik A. Pakai baju, Ibu ayah pakaikan. Tak expose kepada dunia kanak2 seperti bermain dengan kanak2 lain, social skill pun terjejas. Masih tiada toilet training. Bila Adik A kat 'nak', maka ibu bapanya terus tunaikan. NOOOO tak boleh begitu.

Kanak2 ni sometimes ada demand dia sendiri. Nak itu nak ini. Bukan tak boleh, cuma dia perlu tahu bahawa ada perkataan TIDAK dalam dunia ini. Bila kita kata tak boleh, maka mereka kena faham, tak boleh (dalam beberapa perkara negetive untuk mereka). Apa yang kita perlu buat adalah support mereka dengan penuh positif. Bukan negatif ya. Dari situ lah kita nak tackle good behavior untuk dia.

Apa jadi kalau kita asyik hulur smartphone/iPad je memanjang? Everything will be delayed. Trust me. Memang la dalam tu ada Didi and Friends, Upin dan Ipin dan juga BoboiBoy. Dan memang diakui memudahkan kita melakukan kerja seharian daripada mendengar mereka menangis dan merengek, tapi kena ingat, untuk jangka masa yang panjang, there's a lot to be settle down kemudianya. First, social skill of course. Ditinggalkan sekejap dalam class, dah menangis guling2 padahal kawan2 yang lain dengan seronok buat activities. Tidak bergaul dengan kanak2 lain, duduk berseorangan. Even toys depan mata pun taknak sentuh. Fine motor skill pun akan impaired. Pegang pensil pun masih di peringkat cylindrical grasp. Yelah, asyik dok calit iPad. Huhu.

Stage pencil grasping ihsan daripada Google


Macam mana pula dengan behavior? Nanti asyik nak betul je. Tak boleh nak tegur. Tak dapat sikit, tantrum. Sebab? dah biasa dari kecil dihulurkan. Activity daily living jangan cerita, pakai baju still tak tahu. Bila suruh pakai, boleh pulak dia hulur kepala. Bila suruh pakai kasut, dia hulur kaki untuk disarungkan. Hm, ini tidak sepatutnya terjadi. Jangan anggap anak masih kecil dan akan menjadi anak kecik buat selamanya. Lagi sekali saya tegaskan, LET THEM EXPLORE.

Kerja kanak-kanak adalah bermain. Biar mereka bermain (bukan gadgets) dengan toys. Biar dia main di taman permainan (with supervision). Biar dia main dengan tanah, air, rumput, pasir. LET THEM EXPLORE. Untuk stage yang masih kecil, 1-4 y/o contohnya, galakkan mereka explore their sensory. Play with them with something messy. The messier, the better. Sebab nanti, umur dah naik sikit, takde lah dia ada masalah sensory. Jangan la kejap kejap eh itu tak boleh, ini tak boleh. Hm, kesian.

Kakniss tak tulis banyak sebab nak cerita panjang2 nanti orang malas nak baca.
Jadi konklusinya? GARANG atau LEMBUT?
.
Dua2 pun tak.
Parenting skill kena ada.
Tu je Kakniss nak cerita.
Assalamualaikum.

Comments

Popular Posts