GARANG atau LEMBUT? I

Hari ni Kakniss rasa cam rajin sikit nak menaip. Dannn since Kakniss masih jobless, maka Kakniss menambahkan lagi kerja2 yang bermanfaat untuk Kakniss. Haha

Jadi apa yang Kakniss nak cerita ni Garang atau Lembut adalah daripada pengalaman/observation Kakniss sendiri. Yela, Kakniss ni suka sikit nak observe2 orang. Bukan kepoh, cuma Kakniss suka tengok perangai orang sekeliling. haha. Nak kata Kakniss belum ada anak sendiri? Aippp. Tapi kena ingat walaupun Kakniss takda anak (lagi) Kakniss belajar pasal anak anak di muka bumi ini. Huhu

Kakiss tengok dah beberapa orang kawan2 Kakniss dah ada anak, I pun tumpang gembira sebab akhirnya Kakniss jadi AuntieNis. Hahaha. Jangan lupa you guyss, check development anak2 kita okk!
.. Okay without further due, let's get through to our topic hari ini.

GARANG




Kisah ini adalah berdasarkan kisah dan liku hidup patient yang pernah Kakniss observe dulu.

Salah satu activity yang Kakniss buat adalah lukis gambar Family. Cara melukis adalah salah satu cara yang Kakniss guna untuk mengetahui tentang patient Kakniss. Mula2 sekali dia lukis rumah kampung. Sebab? Dia tinggal dengan nenek dia kat kampung. Kemudian dia lukis tiga orang. Sorang perempuan dan dua orang lelaki, menggunakan warna yang ceria dan terang. Itu saja, dia kata dah siap. Ok, kemudian Kakniss pun tanya, siapa yang dia lukis tu. Jawapan dia, ibu dia, adik lelaki dia dan dia. And I was like lahh belum siap. Mana ayah, nenek, semua? [Lupa nak bgtahu, sebelum Kakniss approach patient, Kakniss akan baca background dia dulu, sebab tu Kakniss tahu nenek dan ayahnya masih ada.] Lepas Kakniss tegur, baru la dia lukis gambar ayah dan nenek dan sepupu2 nya sekali. Warna yang digunakan untuk ayah dan nenek dia agak gelap. Hitam [tak payah nak agak gelap sangat aniss]. Jadi apa yang korang dapat dengan huraian ini? Kakniss tak pasti la kalau huraian ni cukup ke tak sebab Kakniss pun ingat2 lupa. Huhu. Tapi, every drawing has its own meaning.



Kalau korang jumpa dia, korang akan begitu senang sekali dengan dia. Tak nakal [like not that extreme nakal], baik sajaa, peramah. Tapi hakikatnya di rumah, pendiam. Boleh kata dia sangat berasa takut di rumah sebab? Ayah dia garang, nenek dia pun sama. Pernah diceritakan kepada Kakniss, dia pernah datang ke department dengan kesan lebam di badan dan kadang2 menangis tapi, dia tak bagi tahu pun kenapa. Yang bagitahu, ibunya. Riak wajah ibu dia sangatttt stress, resah. Kakniss sangat faham by just looking her face, dia banyak sangat masalah. Nak buat family support group tapi, ayahnya tidak memberi kerjasama. Susahkan kalau sebelah pihak yang begitu? Kakniss rasa nak menangis tengok dia dan patient tersebut, he's just a kid. Innocent kid. Kakniss memang kadang2 cepat nak menangis kalau dengar cerita2 patients. haha

Ok, jom kita cakap pasal garang. Jadi perlukah garang itu? Sebelum nak cakap ya atau tidak, jom kita selam pula maksud tegas dan garang. Beza ke tegas dan garang ni? Bagi Kakniss lah, pandang je dua perkataan ni, of course Kakniss akan pilih tegas instead of garang. Tegas ni macam mana? Tegas tu dalam dia ada lembut dan hikmah. Manakala garang ni adalah salah satu cara kita berdepan dengan kemarahan dalam diri. Bila marah, kita lepaskan pada orang. Pukul sampai lebam, berdarah, tumbuk anak, baling anak, ketuk kepala anak. Semuanya dengan kemarahan. (Baca betul2, kemarahan) Marah itu syaitonnnnnn. tak percaya?

'Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu, apabila salah seorang di antara kamu marah, hendaklah ia berwuduk.' (Riwayat Abi Daud)

Menurut psikologi pula;
[FAHAM DAN HADAM]
Garang: Saya OK, anda tak OK.
Tegas: Saya OK, anda OK
Ya, itu dia. Jadi yang mana satu pilihan anda?

Apa kaitan dia dengan garang dengan kanak2? Bila sentuh pasal kanak2, bermakna kita sentuh dari segala aspek. Kanak2 ni ibarat kain putih. Kena lah corakkan cantik2. Ok, memang garang dengan anak2 lepastu anak2 semua dengar cakap sampai makcik2 dan pakcik2 kagum sebab anak semua dengar cakap, tak nakal. Tapiiiii itu jangka masa pendek je. Jangan kagum sangat. Kain yang dicorak cantik, tapi tak tahu ke, kain tu boleh koyak juga.

Lepas tu tanya, 'Cik, kenapa anak saya diam je kat rumah, asyik2 main PS, tak tegur langsung orang dalam rumah' lepastu dah besar sikit, 'Cik, kenapa anak saya taknak dengar cakap?' 'Cik, saya tegur sikit dia dah melenting' 'Cik, anak saya selalu tak duduk rumah, malam2 keluar balik pagi'. Those are questions yang jawapan dia takde pada orang lain melainkan diri anda sendiri. Bila dah besar, mereka akan lebih attach kepada kawan2. Kenapa? Sebab dia rasa kawan tolong dia banyak. Makes them happy. Sebab, mind set dia dari kecil, bila kat rumah, dengan family, tak best, asyik2 kena pukul, asyik2 kena herdik kena maki.



Kanak2 ni proses yang paling banyak adalah learning process. They learn through what they got. Kat rumah, parents sendiri 'Eh bo***nya kau ni.' 'Kenapa beb** sangat itu pun tak boleh?', anak2 pun akan start to develop what they learnt. Lepas tu mengeluh sorang2 kenapa lah anak aku begitu dan begini. Tak pun, siap salah kan kawan2 anak. Sebelum kita salahkan anak orang lain, kita tunjuk diri kita sendiri. Perlu ulang ke? Ibu bapa play a very important role untuk anak2. Kalau tak, takde lah masa form 3 dan form 5 kita buat karangan 'ibu bapa adalah tunjang utama bagi membentuk sahsiah remaja'. Ingat tajuk karangan tu tak bawak ke masa hadapan ke? haha

Psychological of a child sangat hebat dan perlu di pupuk sejak kecil. Their emotion perlu di jaga dengan betul. Kalau tak? Tak berkembang. Macam case study [cehh] di atas, jelas nampak communication skill dan psychosocial toward other people and family sangat berbeza.

Jadi, yang belum kawin tu jom kita jadi parents yang awesome dan cool supaya anak2 kita pun awesome dan cool nanti. Haha. Ok, part lembut, Kakniss akan ceritakan kemudian di episode akan datang. Okay bye.
Assalamualaikum...

Comments

Popular Posts