Apa tu Occupational Therapy? II

Assalamualaikum..

(this post is quite long. kalau berminat nak ambil course ini, sila baca)

Nampaknya anis kian aktif di blognya. Hahaha. (tak sangat). Jadi topik kita harini adalah seperti di atas.

Ya, selama 2 tahun setengah, perkataan yang korang baca kat atas tu la (Occupational Therapy) yang aku ambil. Penat juga kalau setiap kali orang tanya study apa kemudian kena jawab sungguh2. Sebab apa? Sebab tak ramai yang tahu Pemulihana Carakerja/Occupational Therapy (OT) ni.



Biasanya kalau aku round ward masa practical, nanti akan ada nurse2 yang tanya 'Nak buat splint eh?'. Ye, yang korang dok tengok kalau orang patah tangan lepas pakai simen (POP) dia akan pakai satu plastik putih ni. (Dalam gambar saja nak bagi fancy ada color). Nama dia splint. Ktorang buat splint juga. Selain pressure garment yang biasanya akan di pakai oleh mereka yang terlibat dengan kecederaan dek kebakaran. Yes, kami menjahit dan juga bertukang. hahaha (Ini antara overview nya)



















Ok. Lepas ni adik2 lepasan SPM pun sudah semestinya masih tercari2, lepas ni nak sambung belajar kat mana, nak amik course apa semua. Pilih baik2 dik. Jangan terlalu taksub. Hahaha. Ambil apa yang kita minat dan apa yang kita yakin boleh bawa. Tapi aku dulu tak minat pun course ni. Main letak je.

Jadi, apa yang kita akan belajar/amik kalau kita amik course ini?
Apa yang aku bagi ni adalah apa yang aku belajar. Kemungkinan susunan subjek mengikut semester akan berubah,tapi subjek2 tersebut tidak akan berubah Inshaa Allah.

semester 1:
- Anatomy and Physiology (belajar pasal badan manusia)
- Fundamental of Islam
- Integrated Language Skills: Listening
- Red Cresent Society
- Introduction to OT
- Introduction to Psychology
- Therapeutic Activity in OT
- Orthopedic and Surgical Conditions

ok masa sem 1, ini yang kita akan belajar, where basically more to introduction and orthopedic and surgical condition. Sila tabahkan hati dan biasakan diri melihat beberapa conditions serta darah dan tulang belulang. Bahagian2 tulang sangat penting untuk di hafal. Semuanya.

semester 2:
- Anatomy and Physiology
-  Islamic Thought and Civilization
- Integrated Language Skills: Reading
- Red Cresent Society II
- OT Assessment in Orthopedic and Surgical Conditions
- OT Intervention in Orthopedic and Surgical Conditions
- Medical and Neurological Conditions
- Kinesiology for OT

Pada sem 2 pula, mostly kita akan belajar macam mana nak nilai (assessment) dan rawatan (intervention) untuk condition yang patah2 tersebut, belajar tentang condition berkaitan dengan medical dan neurologi eg; stroke, traumatic brain injury. Sila hafal dan hadam tentang saraf dan otak. sesungguhnya ia amat penting. (Sampai sekarang aku simpan gambar otak yang aku lukis berserta fungsinya penangan sir jaya. thank you sir) Kemudian tentang Kinesiology, kita belajar pasal mekanisma

semester 3:
-Health Science and Pharmacy in Islam
-Integrated Language Skill: Writing
-Red Crescent Society III
-Paediatric Conditions
-Introduction to Clinical Practice
-OT Assessment in Medical and Neurological Conditions
-OT Intervention in Medical and Neurological Conditions

jika terdapat subjek2 seperti di atas, maka anda akan di kenalkan dengan beberapa yang baru. contohnya, Paediatric conditions di mana kita akan belajar pasal kanak2 (yeyyyy) bagi aku kalau paediatric ni agak mencabar jiwa dan raga sikit la. tapi masih boleh di kawal. haha. kat sini kita banyak bermain dengan pelbagai conditions pelik2 yang jarang kita dengar. maka biasakan lah diri. Selain itu, pada semester ini, cuti sem kita terpaksa la dikorbankan untuk practical. ok, practical apa? jadi konsepnya begini. pada saat indah sem break, kita akan practical subjek yg kita dah belajar masa sem 1 dan 2 (Clinical Practice in Orthopedic and Surgical Conditions) dan markahnya akan di bawa untuk sem depan. indah kan? Huhu.

semester 4:
-OT Assessment in Paediatric Condition
-OT Intervention in Paediatric Condition
-Orthotic and Pressure Garments (PG)
-Psychiatric Conditions
-Clinical Practice in Orthopedic and Surgical Conditions

pada ketika ini. subjek2 yang akan dipelajari telah pun berkurang yeyyyyyyyy. tapi, hm masih mencabar. please jangan suka dengan subjek yang berkurangan. pahatkan dalam otak yang ianya tetap mencabar (nota penting). kat sini kita akan belajar macam kat atas jugak, assessment dan intevention, tetapi ianya tertumpu kepada Paediatric. Selain itu, kita juga akan belajar tentang Orthotic dan PG. Macam kat gambar di atas yang telah aku paparkan. Kita akan bersama measuring tape, gunting, tuala, air, air panas, baldi, pensil, kain dan mesin jahit. haaaaa. jangan tak tahu, kita akan belajar tentang components of mesin jahit juga ;) oh lupa nak bagi tahu. masa practical, kalau doctors bawak stethoscope, kita bawak measuring tape, gunting dan plastik putih dalam ward. huhuhu. nanti anda akan merasainya sendiri (kalau amik course ni laa) dan seterusnya kita akan belajar tentang Psychiatric (pesakit mental). Pada sem ini juga cuti sem sekali lagi harus dikorbankan untuk Medical and Neurological Conditions. Jadi, penempatan klinikal aku pada sem 4 adalah di Hospital Angkatan Tentera Terendak Melaka and it was awesomeeeeee!

semester 5:
-Fundamental of Entrepreneurship
-OT Assessment in Psychiatric Conditions
-OT Intervention in Psychiatric Conditions
- Introduction to OT Management
-Ergonomic
-Clinical Practice in Medical and Neurological Conditions

di semester ini, masih sama seperti dia atas, assessment dan intervention tapi ianya kepada Psychiatric. kita juga ada belajar serba sedikit pasal perniagaan. buat pengetahuan kita semua, course ini juga boleh diniagakan. haa nak jual apa tu? well, dalam perniagaan ni ada banyak jenis. selalunya kita dengar orang jual produk, kita pula boleh jual service. selain itu kita juga boleh jadi pengeluar untuk barang2 treatment yang akan digunakan oleh occupational therapist. yup, ot menggunakan barang semasa treatment. management pula bertujuan untuk kita belajar tentang cara pengurusan sesebuah oganisasi. contoh, bila kita berniaga, macam mana kita nak uruskan kita punya perniagaan tersebut. atau, cotoh lagi, kalau kita dapat kerja di sesuatu tempat yang baru lagi dengan occupational tehrapy dan kita adalah orang pertama yang ada di situ, macam mana kita akan uruskan kita punya department nanti. ergonomic pula? haa yang tu kita belajar tentang kesesuaian sesuatu tempat/barang dengan diri kita dan subjek ini sangat best percayalah tetapi agak mencabar juga. pada semeter ini pula, cuti sem tidak di ganggu. yeyyyyy!

semester 6:
-Clinical Practice in Paediatric Conditions
-Clinical Practice in Psychiatric Conditions

yup, dua jee, practical selama 4 bulan. 2 bulan untuk paediatric, lagi dua bulan untuk psychiatric. itu jee.

maaf lah, kakniss punya post berjelela (betul ke idok kaknis eja) haha. yang baca sampai habis tu tahniah le.harap membantu la apa adanya ya. ok dah la. penat menaip. haha. ok bye.

Assalamualaikum...

Comments

Popular Posts