Aku Pakai Apa?

Assalamualaikum...

Aku rasa aku post blog ni setahun pun boleh kira pakai jari berapa entry yang ada. Haihh malas sungguh daku tapi kadang2 tu teringin jugak nak tengok2, sambil2 tu tangan pun lincah menaip.
Aku baru je habis semester 5 dan ini bermakna aku dah takde kat puncak alam dah. I iz sad ;( tapi takpe, Inshaa Allah kalau ada jodoh tu, aku sambung la belajar kat sana lagi.

Berbalik kepada tujuan sebenar aku menaip ni, aku nak bagi tips kecantikan sikit. Opss cantik keww? Huhu. Takde la tips mana. Just sejak kebelakangan ni agak ramai la jugak tanya 'Anis, kau pakai pencuci muka apa?' dan yang seangkatan dengan soalan tersebut (berkaitan penjagaan muka). Tak kan la aku nak listkan pulak kan.

Aku start jaga muka masa aku sekolah rendah lagi. Amboi kerlas gituww anis. haha. takde la, dulu masa sekolah rendah, anis ni aktif orangnya. masuk kawad (sah2 le muka legam), taekwondo then attend lagi swimming class. Semua aktiviti menjurus kepada pendedahan cahaya matahari yang terik kat mesia ni. So konklusinya aku masa kecik dulu memang gelap. So, untuk prevent dari bertambah gelap, aku pakai krim pencerahan fair and lovely. lolz anis sila ketawakan diri kau sendiri. Aku sendiri kadang2 tak sangka kecik2 aku macam tu.



Ok beralih kepada sekolah menengah, aku masuk asrama. Memula aku pakai shurah/syurah cemana nak eja ntah. Pastu aku pakai safi. Dulu aku pakai safi yang biasa je. Safi yang gamat tu, warna biru (to prevent dari pimples) dia ada habbatussauda and I was soo in love dengan pencuci muka tu. So aku pakai sampai la habis sekolah. Time tu tak pakai pun lengkap satu set sebab tak berapa nak aktif outdoor. Setakat kawad kadang2, burn sikit tu boleh handle lagi. Pastu aku lak kadang2 kena naik pentas sorang2 dok bersyarah la sajak la depan orang, so bila kadang ada jerawat je mula la gelabah nak cari bedak sejuk dok tepek kat muka. Yela before nak naik pentas tu kena la prepare an. Lain la kalau tetiba kena naik pentas berpidato secara tiba2 konon2 spontan haa tu lain maciammm sikit menyampahnya.



Lepas form 5, aku dapat PLKN (ternyata kaknis aktif orangnya). Jadi bila dah masuk PLKN ni faham2 la masalah besar yang timbul, iaitu muka burn. Masa kat PLKN rutin yang aku tak tinggal is bedak sejuk. Sampai semua pun aku suruh pakai. Aku ni kadang2 suka influence orang (benda baik). Maka nanti ada la tetiba 'Anis nak sikit bedak sejuk.' pastu bila lihat mereka ceria saya pun gembira. haha. Selain bedak sejuk, untuk prevent muka aku burn dengan lebih teruk, aku pakai safi yang manggis pulak (sebab fungsi dia untuk mencerahkan kulit) and sunscreen dari bio essence. Muka aku jenis sangat cepat burn. Jalan2 kat Jalan Tar pun boleh burn satu muka ;(

 


Okay, masuk je univ aku pakai safi balqis sampai sekarang. [p/s jap: safi balqis (lengkap) really help me to recover dari burn from PLKN] Kadang2 pakai satu set, means lengkap la ada cleanser, toner, serum dan moisturizer. Tapi nak pakai satu set tu sangatt jarang. Bila rasa kaya dan bila dah sedar yang aku punya muka need immediate prevention daripada menjadi lebih teruk, aku beli lah (terpaksa) tapi apa salahnya kalau kita berbelanja untuk penjagaan diri dan kepuasan hati kan? kah



Setiap kulit kita berbeza. Macam aku, aku boleh pakai any pencuci muka. Agak2 tetiba pencuci muka habis ke lupa nak bawak ke, mana2 punya pencuci muka pun aku bedal je. Tapi ada yang tak boleh. Bagi yang tak boleh, bila dah in dengan mana2 product, terus kan je. Sebab kadang2 susah kan nak cari product yang sesuai pastu nanti membazir lagi satu hal. Or I suggest you untuk pakai set percubaan sebelum beli. Kebiasaannya ada jual dalam bag kecik, dalam tu botol2 dia pun kecik2 je. Just jangan buat muka kita as bahan experiment untuk cuba itu ini. Seboleh2 nya elakkan, takut benda buruk terjadi, pastu nanti lambat nak baik and need a lot of cost.

Selain itu, melembabkan kulit juga amatlah aku titik beratkan. So, mosturizer adalah sangat penting. aku pakai aloe vera  punya mosturizer dari Amicell which aku sangat suka.



Then air masak/mineral. Pun bagi aku sangat penting. Setiap kali bangun tidur, drink water. Drink a lot of water. Paling2 2 liter a day. Anddd sini aku nak influence korang. Drink green tea. Yes, selain orang dok cakap green tea ni boleh kuruskan badan, ia juga bagus untuk kulit. Aku memang dari sekolah peminat tegar green tea. And please dont add any sugar sebab itu lah rasa green tea sebenar. Boleh beli Japanese Green Tea kat Cosway. Orang dok kata aku pelik minum green tea takde gula sebab yela pahit kan. Tapi nanti lama2 terbiasa la. Aku ni kalau pasal herbs ni aku memang suka sikit.



 Pastu kadang kalau rajin, aku pakai mask. Aku pakai clay masal dari Freeman Mask which mint and lemon (boleh search). Boleh cari kat Watson. Dia ada banyak jenis and harga pun affordable and boleh pakai banyak kali. Mask tu jangan la pakai tiap hari. Cukup seminggu sekali/dua kali pakai je. Aku pakai pun sebulan sekali je paling2. haha.


ok tu je kot. yang penting make sure muka kita tak terlalu kering dan tak terlalu berminyak. Minum air yang banyak dan jangan lupa wuduk. (p/s: masa wuduk, kita para wanita pastikan muka bersih dari sebarang make up kat muka ya. Baru la air segar sampai ke muka dan sah solat paling penting) Bye.

nota kaki: gambar semua ihsan dari Encik Google

Comments

Popular Posts